Monday, 22 October 2012

dimana ade kemahuan, disitu ade jalan

saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, abad berganti abad, kurun berganti kurun, patah tumbuh hilang berganti. .... setiap yg terdetik didlm hati ade kemahuan yg tersendiri ... utk mencapai kemahuan tersebut kdg2 mudoh, kdg2 payoh ... kesibukkan yg melanda kini hanya semata-mata ingin mendptkn sesuap nasi dan seorang perempuan ... berbagai jln ditempuhi bgi mencapai keinginan tersebut ... jln mudoh

Tuesday, 2 October 2012

Hebatnya Sebuah Keimanan

Menjadi hamba yang benar-benar beriman memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan. Setiap manusia tidak terlepas berusaha mencari kebenaran dalam sebuah kehidupan. Meskipun diri bergelumang dengan kebatilan lagi penuh kejahilan. Hidup ini sentiasa diuji oleh Allah mengikut denyut nadi. Selagi nyawa bersalut jasad kemahuan dan keinginan mengapai kejayaan agar menjadi kenyataan. Samada ianya bersifat sementara, ketenangan duniawi  mahupun kejayaan hakiki. 

Sentiasa  menarik mereka yang beriman lagi tinggi takwanya sukar benar akal gersang lagi lemah ini untuk mencapainya. Banyak tenaga dan seluruh jiwa raganya dihabiskan untuk Allah dan Rasul. Mengira-ngira setiap saat yang berputar. Saat yang ada umpama emas sepuloh. Jiwa menyesal dan tinggi nilai kerugian bila luput setiap perhatian Allah. Yakin benar hamba  soleh atau solehah dengan cabaran Surah Al-Asy. Setiap perkataan, perbuatan dan niat hati diberi sepenuh perhatian untuk mengabdikan diri kepada Allah. Menyesal tiada kesudahan, bagai  kata orang dulu-dulu; 'terlajak kata buruk padahnya' bila jatuh dalam kabus lalai dan kelam dosa.

Sangat cinta kepada ujian kerana dapat mengecapi kesabaran. Sangat kasih kepada nikmat kerana dapat mensyukuri setiap keindahan  itu. Sangat gemar kepada kesakitan kerana dapat menebus dosa-dosa yang lalu. Sangat rindu kepada mati kerana disana dapat berjumpa dengan Allah. Hidupnya ibarat barit hari. Lantas tidak sunyi lagi setiap putaran masa yang ada kusyuk tawaduk beribadat kepada Allah.

Sembahyangnya sepanjang hidup tanpa ada batasan waktu. Puasanya sepanjang tahun tanpa mengenal lapar dan dahaga. Hartanya melimpah habis ditabur untuk jalan Allah tanpa panggilan zakat atau sedekah. Hatinya tetap mengadap Baitullah tanpa mengira musim haji lagi. Seluruh kehidupan diri berjalan dan berputar mengikut paksi syariat Allah dengan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada Allah dan Rasul.

Seluruh keyakinan hidup tiada lagi titik perhentian atau istirehat. Selagi belum mengecapi datangnya hari yakin (maut). Dunia tidak lebih dari sebuah wakaf usang. Singgah sementara menanti hujan berhenti atau perit  panas mentari. Malam yang kelam ditawan habis-habisan. Siang menanti diisi khazanah rohani bukan lagi  harta duniawi.

Hati mereka sangat tinggi kasih sayangnya. Mata mereka sangat bercahaya menatap kebenaran. Telinga mereka sangat gemar mendengar bacaan Al-Quran dan pengajaran hukum-hukum Allah. Tangan mereka sentiasa bermuamalat dengan kebaikan dan kebajikan. Kaki mereka berjalan menuju ke rumah-rumah Allah dan tempat menambah dekat  diri kepada Allah. Mulut mereka tidak terlepas menyebut nama Allah dan bertaubat. Harapan mereka hanya satu sentiasa berhadap kepada keampunan dan keredaan Allah.

Hebatnya mereka yang berjaya dalam hidup. Namun aku terkapai-kapai mencari kebenaran. Apakah jalan dilalui  benar atau batil ? Sukar akal fikiran menentukan. Kelam jahil masih tebal melilit setiap urat sendi.  Kelalaian sering merentasi ujian kehidupan. Masih berselerak dengan sifat-sifat mazmumah membisik nafsu. Tinggi sungguh ujian kehidupan, walaupun kejayaan menjadi idaman dan harapan.









Wednesday, 29 August 2012

aku jatuh cinta pada seseorang

patah tumbuh hilang berganti, begitulah kehidupan kite hari2. dahulu aku pernoh bercinta dgn seorang gadis bernama Nor Yusra Haifa (effa). aku mengenali si dia di dalam laman sosial fb. pada permulaannya aku hanya sekadar kwn dgn si dia.... tpy lame-kelamaan aku tgk si dia begitu mendesok aku ... lau x bls mcj si dia akan mengatakan aku sombong ... melihat keadaan perangai sidia yg berubah menyebabkan aku merasakan sesuatu di dalam hati .... hatiku mula jatuh cinta pade nya ... pade ketike itu aku segera meluohkan perasaanku ... dan akhir aku bercouple dgn si dia ... hubungan aku dgn si dia selama beberape bulan shj ... akhirnya kami berpisah ... sungguh ku x percaye hubunganku terputus egitu shj.

dan pade saat ini dan ketike ini hatiku mulai mencintai yg lain ... nme si dia dlm fb Waniey Syaz ... tpy aku masih elum meluahkan perasaanku terhadapnya ... mungkin aku masih mencintai effa .... maklumlah effa adalah cinta pertama ku .... di laen bicara aku akan menceritekan knpe aku jatuh cinta pade Waniey Syaz

waniey syaz here !!: sudah lima hari ramadhan ago

waniey syaz here !!: sudah lima hari ramadhan ago:   hye kawan-kawan . . sudah lima hari kan kita berpuasa . . syukur alhamdulillah setakat ni , tak tinggal lagi . . korang da tinggal ke belu...